
ASSALAMUALAIKUM WBT,
Alhamdulillah, tahun ini sekali lagi pihak World Qurban akan menganjurkan Ibadah Korban dan Aqiqah kali yang ke-10 di India dan Malawi. Bermula pada tahun 2016, Ustaz Farith memulakan ibadah korban dan aqiqah di beberapa kawasan penduduk Islam faqir miskin sekitar pedalaman India. Program ini diteruskan lagi pada tahun ini (2024/1445H) memandangkan ramai peserta masih berminat meneruskan program ini bersama.



KEPADA SEMUA PESERTA IBADAH KORBAN SILA BACA AKAD DIBAWAH SELEPAS MENGISI BORANG PENYERTAAN :
AKAD PERTAMA :
" Saya (NAMA PENUH) menyerahkan wang sebanyak (RM300 / RM550 / RM2000) kepada pihak World Qurban bagi menempah dengan Akad Salam (SATU BAHAGIAN KERBAU / SATU EKOR KERBAU / SATU EKOR KAMBING / 2 EKOR KAMBING) yang cukup syarat dibuat Korban / Aqiqah "
AKAD KEDUA :
" Saya (NAMA PENUH) mewakilkan pihak World Qurban mewakilkan kepada sesiapa berkenaan menerima di (INDIA / MALAWI) kerbau / kambing yang telah saya tempah bagi pihak saya dan saya mewakilkan pihak World Qurban untuk menguruskan ibadah Korban / Aqiqah bagi pihak saya dari segi niat, sembelihan dan agihan."
Lafaz akad ini hendaklah dihantar secara rakaman audio kepada pihak World Qurban dan sebarang pertanyaan boleh melalui talian WhatsApp dibawah :
TARIKH TUTUP PENYERTAAN :
13 JUN 2024/1445H
Mohon peserta Ibadah Korban dan Aqiqah selesaikan bayaran sebelum tarikh diatas.
Syukran, Terima Kasih.